Wednesday, March 9, 2016

Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP)


Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.



Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja
  • Pembiayaan ditawarkan secara Konvensional dan Islamik
Kriteria Kelayakan
Pemohon Yang Layak
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak menerima kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar pemohon perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar pemohon bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan


Bank-bank yang terlibat beserta nombor Telefon;
  1. Affin Bank Berhad 03-5522 3000
  2.  Maybank Berhad 1 300 88 6688
  3.  Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad 03-2612 9266 / 9267
  4.  OCBC Bank Malaysia Berhad / OCBC Al Amin Berhad 1 300 88 5000
    1 300 88 0310
  5.  AmBank Berhad / AmIslamic Bank Berhad 03-2178 8888
  6. Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad 1 800 22 9999
  7.  Bank Islam Malaysia Berhad 03-2690 0900
  8. RHB Bank Berhad 1 800 88 4663
  9. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1 300 88 8787
  10. RHB Islamic Bank Berhad Sem. Malaysia: 03-9206 8118 , Sabah & Sarawak : 082-276118
  11.  CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad 1 300 880 900
  12. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad / Standard Chartered Saadiq Berhad 03-7711 8888
    03-2117 7941
  13.  Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank Berhad 1 800 38 8888
  14. United Overseas Bank Malaysia Berhad 03-2612 8121
 Sumber : http://www.srp.com.my/en/

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts